Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jatuh terbaring (orang dll), terletak ber­­baring atau bertiduran (pokok dll), tum­­bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter­lentang di atas lantai; membawa (mem­beri) ~ menjatuhkan (meng­gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng­hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rebah (kata kerja)
Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Satu dijentik,
     sepuluh rebah.

Bermaksud :

Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah).

 

Lihat selanjutnya...(28)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
UMNO rebah di bumi Sabah?Goldana Corp.Tiada1993983-9733-07-9
UMNO rebah di bumi SabahGoldana Corp.Tiada1993983-9733-07-9
Pak Belang yang rebah (2) Tiada2012978-967-5279-01-0

Kembali ke atas