Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.pa] | روڤا

Definisi : 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak me­mandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah di­serupakan; 2. mengatakan sama (dgn), meng­anggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh men­da­tang­­­kan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuk­nya (bangunnya) sbg: lambang ne­gara­­nya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg me­ngandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. ber­kelakuan, berperangai: orang yg sistem saraf­nya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, mem­per­lihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, men­­jadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki me­lambangkan, melukiskan, meng­gambar­kan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) ber­lagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg se­orang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, di­angan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.pa] | روڤا

Definisi : 1 sifat atau keadaan sesuatu benda yg kelihatan: ~ kepala binatang itu spt kepala kuda. Puncak menara masjid itu ~nya spt roket. 2 = ~ muka paras muka; roman muka seseorang: ~nya yg elok itu sangat menawan hati. ~ bentuk rupa dan bentuk. ~ bumi bentuk muka bumi. rupanya 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. rupa-rupanya 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. berupa 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. merupa memperlihatkan rupanya; menjadi ada atau kelihatan (bkn hantu, roh dll). merupai berupa spt: Penduduk pulau itu ~ orang Melayu. merupakan 1 membentuk atau me­lukis supaya mempunyai rupa; mem­beri berupa: Hulu keris itu dirupakan kepala burung helang. 2 menjadi sbg: Gunung-gunung yg tinggi dan lurah yg dalam ~ benteng pertahanan yg kuat. 3 ki melambangkan; menggambarkan: Pak Kaduk dan Lebai Malang ~ manusia yg bodoh tetapi mempunyai daya berfikir. ~ diri menampakkan diri; menjelmakan diri: Malaikat Jibrail telah ~ dirinya sbg orang muda yg segak dan bersayap. terupa dpt dibayangkan rupanya: ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu. rupawan cantik (bkn rupa seseorang); elok: gadis yg ~. serupa 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. menyerupai menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. menyerupakan 1 menjadikan serupa; menyamakan rupanya dll: Orang yg dibunuh itu diserupakan dgn Nabi Isa. Kerajaan telah ~ sistem dan kadar kutipan zakat di seluruh negara. 2 menganggap sama; mengatakan sama: Ijazah dr universiti tsb diserupakan dgn diploma saja. keserupaan sifat atau keadaan serupa; kesamaan rupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagai rupa tokak dibasuh.

Bermaksud :

Sangat buruk. tokak = kudis besar.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rupa dan jiwaPenerbit Universiti MalayaTiada1979 
Rupa & gayaPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2009978-967-942-901-5
Rupa dan jiwaDewan Bahasa dan PustakaTiada2010978-983-62-2016-5
Rupa dan jiwaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992 
Rupa dan gaya: busana MelayuUKM BangiTiada2009978-967-942-901-5
Rupa dan jiwa JohorBalai Seni Lukis NegaraTiadat.thn.983-3497-11-X
Rupa & JiwaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2016-X
Rupa Malaysia: a decade of art 1987 - 1997National Art GalleryTiada1998983-9572-19-9
Rupa dan gayaUKM BangiTiada20069679427552
Rupa Malaysia: meninjau seni lukis moden MalaysiaBalai Seni Lukis NegaraTiada2000983-9572-37-7
12345

Kembali ke atas