Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Cita sempurna warisan sejarahPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada 967-942-495-2
Hikayat sempurna jayaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
Mimpi yang sempurnaPekan IlmuTiada2008978-967-5106-16-3
Insan yang sempurnaUtusan MelayuTiada1975 
Bunga pengantin perkahwinan sempurna Tiada[t.thn.] 
Membentuk kehidupan yang sempurna Tiada2001983-2149-35-5
Inspirasi menuju jalan sempurnaPenerbit RumahTiada2008978-983-43575-0-4
Ke arah pembentukan istilah yang sempurnaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-3148-X
Manusia dan Personaliti: Membentuk Insan yang SempurnaUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1996967-61-0561-9
Pembangunan di Malaysia: ke arah satu kefahaman baru yang lebih sempurna Tiada2005983-42706-0-7
12

Kembali ke atas