Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri] | سري

Definisi : (séri) ® siri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : (séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap (madu) drpd bunga: laksana kumbang ~ bunga, kumbang terbang bunga pun layu; sari I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan se­suatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bu­nganya (pokoknya menjalar dan bu­nganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap madu dr bunga-bungaan (bkn kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : yg mulia (sbg panggilan atau sbg sebutan utk menghormati raja, orang-orang besar dll): ~ Paduka Baginda; ~ Nara Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(29)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tinta emas ulama dua negara: Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul AzizCitra Budaya IndonesiaTiada2016978-967-5987-19-9
Seri penyuluhan bahasa Indonesia : kalimatPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada2016978-979-069-247-3
Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agonh Payung NegaraJabatan Penerangan MalaysiaTiada2012 
Seri sastra Korea abad ke-20: Jilid 1Penerbit Universitas Indonesia (UI-Press)Tiada2014978-979-456-573-5
Seri Dewi & Keluarga, Jan- Mac 2013Karangkraf Sdn. Bhd.Tiada2013 
Seri Dewi dan KeluargaKarangkraf Sdn. Bhd.1 May 201420141675-0381
Seri Rama dan Sita DewiDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0879-9
Seri Dewi MalamDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0840-8
Seri penyuluhan bahasa Indonesia : ejaanPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada2016978-979-069-249-7
Seri Dewi dan Keluarga, Sept - Dis 2010Karangkraf Sdn. Bhd.Tiada20101675-0381
12345678910...

Kembali ke atas