Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : tangga 1. tempat tumpuan kaki yg bertingkat-tingkat utk naik turun rumah dll: ~ rumah; naik ~; 2. alat utk tumpuan memanjat (takuk pd pokok, sigai, dll), injak-injak; 3. ki bahagi­an drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat, pering­kat, skala, tingkatan; ~ bongsu anak tangga yg bawah sekali; ~ gaji tingkatan gaji; ~ nada susunan nada yg me­ning­kat naik bunyinya; ~ pilin = ~ sulur batang tangga yg berpusing; ~ senigai (sigai) tangga drpd sebatang kayu yg diberi bersigai; ~ sulung anak tangga yg di atas sekali; tolak ~ berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri prb baik-baik dlm kesenangan dan peker­jaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; setangga; orang ~ orang yg tinggal berde­kat­an, jiran, tetangga: barangkali engkau ber­temu di sana dgn orang ~ kita; bertangga 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; ber­janjang naik, ~ turun prb menurut darjat dan kedudukan masing-masing; bertanggakan menggunakan sesuatu sbg tangga: pondoknya yg ~ buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.ga] | تڠݢ

Definisi : 1 tempat berpijak yg ber­tingkat-tingkat yg digunakan utk naik atau utk turun dr rumah dll: Dia berdiri di hadapan ~ rumahnya. 2 ki bahagian drpd sesuatu yg bertingkat-tingkat; peringkat; tingkatan. ~ bongsu anak tangga yg di bawah sekali. ~ gaji tingkatan gaji. ~ pilin (sulur batang) tangga yg berbelit-belit keadaannya. ~ sigai tangga drpd batang kayu yg diberi bersigai. ~ sulung anak tangga yg di atas sekali. bertangga 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. se­tangga; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Pucuk kali mengikat tangga,
     Tangga disirat lima enam bulan;
Pujuklah hati memandang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Hendak kaya berdikit-dikit,
     hendak tuah (= mulia) bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai.

Bermaksud :

Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Tangga rumah MelakaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tangga Balai BudayaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Tangga kanak-kanakPersama PressTiada1953 
Tangga BachaanArt Printing WorksTiada1960 
Tangga pengetahuan : bagi darjah 3The Macmillan CompanyTiada1948 
Tangga Kanak kanak bagi ilmu nahuPersama PressTiada1953 
Membina rumah tangga bahagia dan peranan agama dalam rumah tangga Tiada1969 
Usaha tangga kejayaanPustaka San MingTiada1979 
Kitab tangga pengetahuan Tiada  
Rumah-tangga Rasulullah s.a.w.Bulan BintangTiada1954 
1234567

Kembali ke atas