Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sang] | اوسڠ

Definisi : 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usang (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari,
Berantonim dengan baru

2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,

3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal,
Berantonim dengan subur

Kata Terbitan : mengusang, keusangan,

Peribahasa

Usang dibarui,
     lapuk dikajangi.

Bermaksud :

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
UsangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089789834601416
Terompah usang jang tak sudah dijahitBalai PustakaTiada1953 
Terompah usang yang tak sudah dijahitBalai PustakaTiada1975 
Terompah usang jang tak sudah dijahitBalai PustakaTiada1953 
Terompah usang yang ta sudah di-jahitPustaka AntaraTiada1968 
Titian UsangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-893--022-9
Titian usangCreative EnterpriseTiada1991983-893-022-9
Rahsia rumah usangPenerbitan Pustaka AntaraTiada19919679372855
Tanda di kereta kuda usangPustaka Cahaya IntelekTiada1976 
Hantu penanggal di banglo usangRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada1998983-137-093-7

Kembali ke atas