Glosari Sains Untuk Sekolah
| salur alimentari | alimentary canal | Salur dalam badan yang berfungsi untuk menerima dan mencerna makanan, menyerap nutrien dan membuang kumuhan. Salur ini bermula dari rongga mulut hingga ke dubur. | Menengah Rendah |
| penarikan nafas | inhalation | Proses pemasukan udara ke dalam paru-paru melalui mulut dan hidung. | Menengah Rendah |
| corong | funnel | Sejenis peralatan makmal yang mempunyai mulut yang luas dan berbatang tirus. Corong digunakan untuk memasukkan cecair ke dalam botol atau bekas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Kembali ke atas