| ujian Millon | Millon’s test | Ujian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan. | Menengah Rendah |
| sel darah putih | white blood cell | Sel darah yang berfungsi melawan penyakit dengan cara menghapuskan mikroorganisma dalam badan. Sel ini tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengandungi nukleus. | Menengah Rendah |
| bintang kerdil putih | white dwarf | Bintang yang malap, mempunyai ukuran jejari yang kecil dan berketumpatan tinggi. | Menengah Rendah |
| lateks | latex | Cecair putih yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Cecair ini terdiri daripada damar, lemak, lilin dan campuran bahan kompleks lain dalam komposisi tertentu mengikut spesies tumbuhan. Contohnya, susu getah. | Menengah Rendah |
| kapur | lime | Benda putih dan halus yang terhasil daripada batu kapur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kapur | lime | Bahan berwarna putih dan halus yang terhasil daripada batu sedimen dan membentuk batuan yang terdiri daripada mineral kalsium. | Menengah Rendah |
| monosit | monocytes | Sel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah. | Menengah Atas |
| limfosit | lymphocyte | Sel darah putih yang kecil, mempunyai satu nukleus, tidak bersifat fagosit, dan menghasilkan antibodi. Limfosit dihasilkan oleh tisu limfa, dan terdapat dalam darah dan limfa. | Menengah Atas |
| silika | silica | Sebatian berhablur berwarna putih atau jernih, berbentuk kristal, larut dalam alkali lebur dan asid hidrofluorik, dan mempunyai takat lebur 1710°C. Sebatian ini terdiri daripada unsur silikon dan oksigen. Contohnya, pasir dan kuarza. Silika dikenali juga sebagai silikon dioksida. Formula SiO2. | Menengah Rendah |
| gigi | tooth | Struktur keras berwarna putih yang tumbuh pada gusi manusia dan haiwan, berfungsi untuk mengunyah dan menghancur makanan.Lihat Rajah | Menengah Rendah |