| unit piawai | standard unit | Unit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat. | Sekolah Rendah |
| astigmatisme | astigmatism | Keadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| pusat graviti | centre of gravity | Titik paduan daya yang bertindak pada sesuatu jasad kerana kewujudannya dalam medan graviti adalah seragam. | Menengah Rendah |
| galaksi | galaxy | Himpunan berbilion-bilion bintang, planet, debu dan gas di dalam semesta. Galaksi terdapat dalam bentuk pilin, elips atau tidak seragam. Sistem suria terdapat dalam galaksi Bima Sakti. Lihat Rajah | Menengah Rendah |