Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta] | کيت

Definisi : 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Jangan naik kereta kuda,
     Marilah kita berjalan kaki;
Jangan kita main cinta,
     Nanti kita makan hati.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa,
     orang memberi kita merasa.

Bermaksud :

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(78)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. gatal atau miang berkenaan perangaiKita ni pompuan, tak elok merenyau lagu tu.[ki.tA ni pom.pu.wAn tA/ E.l/ m«.Ò«.øAw lA.gu tu]Kita ini perempuan, tidak elok berperangai miang seperti itu.
jom[dZom]kata tugaskata ajakan.Semua dah siap, jom kita naek reta.[s«.mu.wA dAh si.jAp dZom ki.tA nAe/ ÒE.tA]Semua dah siap, mari kita naik kereta.
pekena[p«.k«.nA]kata kerja1. makanSebelom pi jom kita pekena dulu.[s«.b«.lom pi dZom ki.tA p«.k«.nA du.lu]Sebelum pergi mari kita makan dulu.
   3. celupar.Mulot jangan dok bersiaq bila kita sampai kat Mekah.[mu.lot. dZA.NAn do/ bE.si.jA)Ö bi.lA ki.tA sAm.pAj kAt m«.kAh]Mulut jangan celupar bila kita tiba di Mekah.
selangkom[s«.lAN.lom]kata kerja1. makan sampai habis; pairapMai kita selangkom moktan seraga ni.[mAj ki.tA s«.lAN.kom mk.tAn s«.ÒA.gA ni]Mari kita makan habis rambutan seraga ini.
utau[u.tAw]kata namaisyarat dengan menggunakan tanganJom kita pi, aku nampak dia utau suruh pi.[dZom ki.tA pi A.ku nAm.pA/ di.jA u.tAw su.Òoh pi]Mari kita pergi, saya nampak dia menggunakan tangan sebagai isyarat menyuruh pergi.
gelembong[g«.lem.boN]kata kerja1. cakap kosong; gebang.Kita dengaq dia cakap buleh la, gelembong saja.[ki.tA d«.NA)Ö di.jA tSA.kAp bu.leh lA g«.lem.boN sA.dZA]Kita dengar dia cakap bolehlah, cakapnya sukar dipercayai.
buloq[bu.lo)Ö]kata adjektifteringin.Dia ingat kita ni buloq sangat nak jadi ketua.[di.jA i.NAt ki.tA ni bu.lo)Ö sA.NAt nA dZA.di k«.tu.wA]Dia ingat kita ini teringin sangat hendak menjadi ketua.
nerai[nE.ÒAj]kata namabarisan yang sejajarBagi seekaq kita buleh tanam lima nerai anak getah.[bA.gi s«.E.kA)Ö ki.tA bu.leh tA.nAm li.mA nE.ÒAj A.nA g«.tAh]Tiap seekar kita boleh tanam lima baris anak pokok getah.
noh[noh]kata tugas1. kata yang digunakan pada akhir ayat tanyaApa kata kita singgah kat rumah dia sat noh?[A.pA kA.tA ki.tA siN.gAh kAt Òu.mAh di.jA sAt noh]Apa kata kita singgah di rumahnya sebentar noh?
1234

Kembali ke atas