Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : Mn; selelah sejauh, setakat mana jauh­nya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.lah] | ل ل ه

Definisi : 1 tidak berdaya lagi; letih; penat: melepaskan ~ berehat. 2 penyakit susah bernafas; asma. berlelah membuat sesuatu sehingga lelah: Mengapa ~ datang ke sini? melelahkan menyebabkan menjadi lelah. kelelahan hal atau keadaan lelah; kepenatan; keletihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelah
Rujuk :penat

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan,
     mendaki dulu maka tahu lelah.

Bermaksud :

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hap-hap[hA)p.hA)p]kata adjektif1. berkenaan dengan seseorang atau haiwan yang sesak nafas (nazak, semput, penat, lelah dan lain-lain)Orang kalu silap makan la-la tu dia buleh hap-hap.[o.ÒAN kA.lu si.lAp mA.kAn lA.lA tu di.jA bu.leh hA)p.hA)p]Orang kalau tersilap makan pada masa itu juga boleh sesak nafas.

Kembali ke atas