Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,

Puisi
 

Sejuk kuda jalan ke barat,
     Ambil kain buat panji;
Muda dia jangan diharap,
     Ambil kain buatkan ganti.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai dirahap kain basah.

Bermaksud :

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sejok redi[s«.dZo Ò«.di] terlalu sejuk; sejok gediLaok dah sejok redi, dia tak mai-mai lagi.[lAo/ dAh s«.dZo Ò«.di di.jA tA mAj.mAj lA.gi]Lauk sudah sejuk, dia belum sampai lagi.
sejok gedi[s«.dZo g«.di] terlalu sejuk; sejok rediMaen dengan lapaq, nasik sejok gedi pon depa sapu sampai licen.[mAen d«.NAn lA.pA)Ö nA.si s«.dZo g«.di pon dE.pA sA.pu sAm.pAj li.tSen]Kerana terlalu lapar, nasi sejuk pun mereka makan sampai licin.
   2. comot berkenaan mukaDekat nak tidak, dia lumoq muka dia dengan bedak sejuk sampai selopiang.[d«.kAt nA/ ti.do)Ö di.jA lu.mo)Ö mu.kA di.jA d«.NAn b«.dA/ s«.dZu/ sAm.pAj s«.lo.pi.jAN]Semasa hendak tidur, dia melumur mukanya dengan bedak sejuk hingga comot.

Kembali ke atas