beracun | poisonous | Bahan toksin yang memudaratkan. | Sekolah Rendah |
kebuk wasap | fume chamber | Ruang yang digunakan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan atau pembebasan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk menyedut gas beracun yang dibebaskan. | Menengah Rendah |
toksin | toxin | Bahan beracun yang terhasil daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. | Menengah Rendah |
toksik | toxic | Sifat beracun sesuatu bahan yang mampu menyebabkan kemudaratan. | Menengah Rendah |
racun serangga | insecticide | Bahan beracun yang digunakan untuk membunuh serangga dan biasanya digunakan dalam pertanian, perubatan, industri atau rumah. | Sekolah Rendah |
pong-pong | pong-pong | Buah yang beracun, kalis air, kulit berserabut apabila matang dan dipencarkan melalui air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sianida | cyanide | Garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida (CN-). | Menengah Atas |
sulfur dioksida | sulphur dioxide | Gas yang tidak berwarna, beracun dan terhasil apabila sulfur terbakar dalam udara. Formula SO2. | Menengah Rendah |
bahan buangan industri | industrial waste | Bahan buangan yang biasanya beracun dan mencemarkan alam, yang terhasil daripada kegiatan perindustrian. Contohnya, sebatian fluorida yang didapati daripada industri membuat aluminium. | Sekolah Rendah |
lipan | centipede | Sejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati. | Sekolah Rendah |