Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penglihatan monokularmonocular visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat RajahMenengah Rendah
akar tunjangtap rootAkar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat RajahMenengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat RajahSekolah Rendah
akar sisilateral rootAkar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat RajahMenengah Atas
piramidpyramidStruktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas