usus kecil | small intestine | Bahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna. | Menengah Rendah |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akueus | aqueous | Perihal larutan yang pelarutnya ialah air. Contohnya, larutan akueus natrium klorida disediakan dengan melarutkan natrium klorida ke dalam air. | Menengah Rendah |
larutan akueus | aqueous solution | Larutan yang pelarutnya ialah air. | Menengah Rendah |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
larutan akueus | aqueous solution | Larutan sebatian ion yang pelarutnya ialah air. | Menengah Atas |
segi empat tepat | rectangle | Bentuk segi empat yang keempat-empat sudutnya ialah sudut tepat, 90°. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alkohol | alcohol | Sebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contoh alkohol ialah metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan asas bagi penyediaan sebatian organik lain. | Menengah Rendah |
kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam. | Menengah Atas |
ammeter | ammeter | Alat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |