Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.su.kan]/[ke.ma.su/.kan] | کماسوقن

Definisi : 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.su.kan]/[ke.ma.su/.kan] | کماسوقن

Definisi : perihal masuk (sesuatu pertubuhan dll): Malaysia menyokong ~ Negara China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Peribahasa

Bagai melulus baju sempit,
     bagai terbuang kesisipan.

Bermaksud :

Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
diafragmadiaphragm1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera.Menengah Atas
mekanisme pernafasanbreathing mechanismMekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan.Menengah Rendah
anak matapupilBahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat RajahMenengah Rendah
pentermokawalaturanthermoregulationMekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh.Menengah Atas

Kembali ke atas