pereputan | decomposition | Proses penguraian bahan organik oleh organisma pengurai. Contohnya, bakteria dan protozoa. | Menengah Atas |
pereputan | decomposition | Proses pemusnahan sesuatu organisma sehingga hancur secara semula jadi. Contohnya, sisa tumbuhan mengalami pereputan sehingga menjadi baja kompos. | Sekolah Rendah |
proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
keradioaktifan | radioactivity | Proses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif. | Menengah Atas |
kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama. | Menengah Rendah |
arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
karbon dioksida | carbon dioxide | Gas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan. | Menengah Rendah |