Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : had suhu ketika air dll mendidih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
takat (kata nama)
Bersinonim dengan had, batas, paras, perenggan, darjah, peringkat, tingkat, tingkatan.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
takat didihboiling pointSuhu ketika sesuatu cecair mula mendidih. Contohnya, takat didih air ialah 100°C.Sekolah Rendah
takat didihboiling pointSuhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C.Menengah Rendah
penyulingandistillationProses untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza.Menengah Rendah
sifat fizikalphysical propertyCiri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya.Menengah Atas
pendidihanboilingProses perubahan jirim daripada cecair kepada gas yang berlaku pada takat didih cecair itu.Menengah Rendah
penyejatanevaporationProses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa.Menengah Rendah
kerosinkeroseneCecair hidrokarbon yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat minyak mentah pada julat takat didih 150°C - 230°C. Kerosin digunakan sebagai bahan api dan pelarut.Menengah Rendah
gliserolglycerolCecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik.Menengah Rendah
penyulingandistillationProses penyejatan dan kondensasi semula yang digunakan untuk mengasingkan atau menulenkan cecair mengikut takat didih. Contohnya, air suling.Menengah Atas
etanolethanolSejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas