sirih I | sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper caninum; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (curtisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyrophyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argyrites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendakkan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiadaan | 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketiadaan | 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiada | 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang: ~nya membuat kami tertanya-tanya. | Kamus Pelajar |
ketiadaan | 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang: ~nya membuat kami tertanya-tanya. | Kamus Pelajar |
tanya | 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, meminta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpenyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan pertanyaan, mempersoalkan: karyanya tidak mengandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keengganan | ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberadaan | keadaan atau hal berada (di sesuatu tempat); kehadiran: Dlm siasatan itu, ~nya di tempat kejadian menimbulkan tanda tanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiada | 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wajah | air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |