Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(87)
Peribahasa

Masuk tiga,
     keluar empat.

Bermaksud :

Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh).

 

Lihat selanjutnya...(57)

63

Toot your own horn

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Masuk bakul angkat sendiri

"I don't want to toot your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah masuk bakul angkat sendiri, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beremban[b«.Ä«m.bAn]kata namapenghadang pintu supaya kanak-kanak tidak boleh keluar masuk dalam rumah atau bilik.Buat beremban kat pintu dapo, tak gi adek jatoh.[bu.wAt b«.Ä«m.bAn kAt pin.tu dA.po tA/ gi A.de/ dZA.toh]Buat penghadang pintu di dapur, tidak lagi adik jatuh.
jaeh II[dZAeh]kata adjektifcepat.Jaeh masok ari nok ujan.[dZA.eh mA.so/ A.Äi n/ u.dZAn]Cepat masuk, hari hendak hujan.
dapong[dA.poN]kata kerjamemeluk dan mengangkat sesuatu atau seseorang.Ayoh dapong adek masok bilek.[A.joh dA.poN A.de/ mA.so/ bi.le/]Ayah dapong adik masuk ke bilik.
rakyat[ÄA/.jAt]kata namaorang asli.Le ni rakyat rame masok universiti.[l« ni ÄA/.jAt rA.mE mA.so/ u.ni.ver.si.ti]Sekarang orang asli ramai yang masuk universiti.
sempang[s«m.pAN]kata kerjamenghalang.Tok ki sempang kambeng masok kebon dengan kayu.[to ki s«m.pAN kAm.beN mA.so k«.bon d«.NAn kA.ju]Datuk menghalang kambing daripada masuk ke kebun dengan kayu.
molo[m.l]kata namabalang kaca.Simpan biskut dalam molo, kang masok angeng.[sim.pAn bis.kut dA.lAm m.l kAN mA.s/ A.NeN]Simpan biskut di dalam balang, supaya tidak masuk angin.
ganai[gA.nAj]kata adjektifberkenaan sesuatu perkara sia-sia.Ganai koi jamin awok, masok je balek.[gA.nAj kj dZA.min A.w/ mA.so/ dZe bA.le/]Sia-sia saya menjamin awak, masuk penjara semula.
kelentong[k«.lEn.toN]kata namaalat bunyian yang dibuat daripada kayu berongga yang digunakan di surau.Orang puko kelentong, doh masok waktu agaknye.[o.ÄAN pu.ko k«.lEn.toN dh mA.s/ wA/.tu A.gA/.ø«]Orang pukul kelentong, sudah masuk waktu agaknya.
tikai[ti.kAj]kata adjektifberkenaan kesuntukan masa.Koi tok leh tunggu awok, doh tikai ngat nok masok perekso.[koj to/ leh tuN.gu A.w/ dh ti.kAj NAt n/ mA.so/ p«.Äe/.s]Saya tidak boleh menunggu awak, sudah kesuntukan masa untuk masuk periksa.
aru[A.Äu]kata kerjamenghalau seseorang atau haiwan oleh sekumpulan orang.Kambeng yang masok dalam pago sekolah kena aru dek budok-budok.[kAm.beN jAN mA.so/ dA.lAm pA.g s«.k.lAh k«.nA A.Äu de/ bu.d/.bu.d/Kambing yang masuk dalam pagar sekolah kena halau oleh budak-budak.
12

Kembali ke atas