Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1. kawasan tanah bencah (digenang air) yg ditumbuhi berbagai-bagai jenis tumbuhan, rawa: tukang canang berbelok ke kanan menuju tanah lembah yg penuh dgn ~ dan rawa; ~ bakau kawasan paya yg ditumbuhi pokok bakau, hutan bakau; ~ kumbuh kawa­san paya yg ditumbuhi sj rumpai (yg daunnya boleh dianyam); 2. Ph kawasan tanah bencah yg ditanami padi, bendang, sawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ya] | ڤايا

Definisi : 1 kawasan tanah bencah yg digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan; rawa. 2 kawasan tanah bencah yg ditanami padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nekut[n«.kut]kata kerjamenangkap burung (guak) dengan cara meniup serunai.Ramai budak-budak pegi nekut kat paya.[ÄA.mAj bu.dA/.bu.dA/ p«.gi n«.kut kAt pA.jA]Ramai budak-budak pergi nekut di paya.
   2.     sejenis ikan paya yang menyerupai ikan belida.   
selenseng[s«.lEN.seN]kata namasejenis pokok yang hidup dikawasan paya, seperti pokok mengkuang tetapi saiznya lebih kecil. Daunnya berduri dan boleh dibuat kraftangan seperti bakul, tikar dan sebagainya.   
mete I[mù«.t«]kata kerjatidur dengan nyenyak.Wek mete lepaih balek dari paya.[we/ mù«.t« l«.pAC bA.le/ dA.Äi pA.j«]Nenek tidur nyenyak selepas balik dari sawah.
lebu[l«.bu]kata kerjamembaling atau melempar sesuatu ke dalam air (seperti sungai, lombong atau paya). Penggunaan kata ini agak kasar.Cepat mandi, kang ayah lebu dalam sunge.[tS«.pAt mAn.di kAN A.jAh l«.bu dA.lAm su.NE]Cepat mandi, nanti ayah baling dalam sungai.

Kembali ke atas