Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, mem­bising­kan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,

Puisi
 

Apa benda bunyi riuh,
     Rupanya ada orang berperang;
Dia baru mencapai pengayuh,
     Kita sudah sampai ke seberang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Riuh gigil seperti Cina kayuh.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kantok[kAn.to/]kata adjektifriuh rendah.Ape bende kat luo tu, kantok je.[A.p« b«n.d« kAt lu.w tu kAn.to/ dZ«]Apa yang berlaku di luar tu, riuh rendah saja.
merapak[m«.ÄA.pA/]kata adjektifberkenaan bunyi yg riuh rendah.Merapak bunyi bede buloh tak dapat koi tido.[m«.ÄA.pA/ bu.Ni b«.de bu.loh tA/ dA.pAt koj ti.do]Riuh-rendah bunyi bedilan buluh tak dapat saya tidur.

Kembali ke atas