Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
GELANG TANGAN

GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli1">  Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu.

BUDAYAAlat/Alatan
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 

Kembali ke atas