| TADIKA | Tadika ialah kelas atau sekolah kecil untuk kanak-kanak yang biasanya berumur antara empat hingga enam tahun. Kanak-kanak tadika menghabiskan waktu beberapa jam sehari dengan guru yang menolongnya belajar melalui bermain dan aktiviti lain seperti lukisan, muzik, seni bahasa, pendidikan jasmani dan sains. Friedrich Fröbell seorang pendidik berbangsa Jerman mencipta perkataan tadika pada pertengahan tahun 1800-an. Nama itu berasal daripada dua perkataan Jerman yang bererti taman kanak-kanak . | UMUM | |
| MIASTENIA GRAVIS | Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan cara berehat. Penyakit ini menyerang semua kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia paling kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70 tahun. | UMUM | |
| RIMBAUD, ARTHUR | Rimbaud, Arthur (1854–1891) ialah pemuisi Perancis. Dia menulis puisi utamanya semasa lima tahun yang penuh gelora iaitu ketika berumur antara 15 tahun hingga 20 tahun. Puisi pertama yang menjadikan dia terkenal, ialah ‘Le Bateau ivre’ (“The Drunken Boat”, 1871). Dengan memerhati sebuah bot mainan di dalam sebuah kolam di taman, Rimbaud menggunakan daya khayalannya dengan menggambarkan bot itu mengharung lautan yang luas terbentang dengan pemandangan yang mempesonakan. | UMUM | |
| REMAJA | Remaja ialah seseorang yang hampir menjadi dewasa. Perkataan Inggeris bagi dewasa “adolescent” berasal dari istilah Latin iaitu adolescens , yang bererti membesar atau menuju sesuatu. Seorang remaja ialah orang yang “menuju” kedewasaan. Kebanyakan masyarakat Barat menganggap seseorang yang berumur antara lebih kurang 13 hingga sekurang-kurangnya 18 tahun sebagai remaja. Dalam masyarakat begini, keremajaan secara kasarnya bersamaan dengan zaman remaja. | UMUM | |
| SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 | SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun. Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia. ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| PERTENGAHAN UMUR | Pertengahan umur merujuk kepada satu tempoh dalam kehidupan manusia antara masa dewasa dengan masa tua. Dalam masyarakat industri, tempoh ini selalunya merangkumi dari umur 40 tahun hingga 65 tahun. Walau bagaimanapun, tiada sebarang perubahan fizikal atau fungsi kelakuan yang ketara semasa peringkat umur ini. Jarak pertengahan umur antara masyarakat mungkin berbeza-beza. Contohnya, di negara membangun, seseorang itu dianggap tua apabila berumur 40 tahun. | UMUM | |