BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, cerita rakyat Melayu yang popular, berkembang mulanya dalam bentuk lisan dan kemudian diterbitkan dalam bentuk buku untuk bacaan umum.
BUNGA PAHIT, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan ini mengandungi 80 buah puisi yang ditulis dari tahun 1957 hingga tahun 1960, diterbitkan pertama kali oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Dengan terbitnya kumpulan ini bererti lebih daripada 250 buah puisi Masuri S.N. telah diterbitkan dalam bentuk buku, temasuk menerusi dua buah kumpulan puisinya yang terdahulu, iaitu Awan Putih (1958) dan Warna Suasana (1962).
Thanks for clicking. That felt good.