MADROÑA | Madroña, juga dikenali sebagai madrone, ialah sejenis pokok kecil yang mempunyai bunga putih berbentuk kendi dan daun berbulu yang menghijau sepanjang tahun. | UMUM | |
PITTOSPORUM | Pittosporum ialah genus (kumpulan) pokok renek dan pokok malar hijau. Kira-kira 12 jenis tumbuh di Australia. Ia juga tumbuh di New Zealand dan di beberapa bahagian di Asia dan Afrika. Pokoknya mempunyai bunga putih atau kuning berbentuk tiub. Buahnya keras dan bijinya melekit. Pittosporum manis ialah pokok kecil yang daunnya berkedut, bunganya kuning, dan bijinya merah. | UMUM | |
TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba. | UMUM | |
BUNGA JAGUNG | Bunga jagung ialah tumbuhan yang mengeluarkan bunga kecil berbentuk seperti butang. Biasanya bunga ini berwarna biru, tetapi sesetengah jenis mempunyai bunga berwarna samar, ungu, atau putih. Bunga ini lebarnya 2.5 sentimeter hingga 4 sentimeter. | UMUM | |
PIRETRUM | Piretrum ialah nama bagi sekumpulan bunga yang berasal dari barat daya Asia, yang menghasilkan serbuk serangga dan ubat. Kuntum bunga piretrum tumbuh satu-satu atau bergugus pada batang yang tegak yang tumbuh setinggi 30 sentimeter atau lebih. Ia kelihatan seperti bunga daisi dengan rujinya berwarna samar, putih, merah lembayung, atau lilac. Ia mekar pada musim bunga atau awal musim panas dan ditanam sebagai bunga taman atau bunga untuk dipotong. | UMUM | |
LILI EASTER | Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk trompet dan berwarna putih lilin. | UMUM | |
DEUTZIA | Deutzia ialah pokok renek yang berkaitan dengan tiga deli. Ia mempunyai gugus bunga berwarna putih, samar atau keunguan. Ia berbunga pada musim bunga atau awal musim panas, dan biasanya mempunyai lima kelopak. Daunnya, yang berganti baharu setiap tahun, mempunyai gerigi kecil di sepanjang tepinya dan diliputi dengan bulu gebu kasar. | UMUM | |
STOK | Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga taman yang berlainan. Stok berbau-malam mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac. Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk. Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning. Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari, terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali. | UMUM | |
SPRING BEAUTY | Spring beauty ialah nama bunga liar yang tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter. Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai orang menamakannya Mayflower atau good morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis Carolina mempunyai bunga berwarna putih. | UMUM | |
BUNGA LILI | Bunga lili adalah satu daripada famili tumbuhan yang terbesar dan terpenting. Nama ini digunakan untuk banyak bunga taman dan bunga rumah panas, seperti lili rimau, lili Madonna, lili Easter putih, dan lili China dan Jepun. | UMUM | |