CHEK DA DATO' SERI NARA WANGSA | CHEK DA DATO’ SERI NARA WANGSA (1882-1934), pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Dia lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu. Nama penuhnya ialah Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato’ Seri Nara Wangsa gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Chek Mohd. Ali, pentadbir yang akhir sekali memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato’ Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, dia tidak lagi memakai gelaran Dato’ Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato’ Seri Andika Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATO' SERI AGAR DIRAJA | DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
ANWAR IBRAHIM, DATO' SERI | Anwar Ibrahim, Dato’ Seri (1949– ) ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh (1993–1998). | UMUM | |
ABDUL RAHMAN ISHAK, DATO' SERI LELA DIRAJA | ABDUL RAHMAN ISHAK, Dato Seri Lela Diraja ( ? -1939), berkhidmat sebagai budak raja pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL RAHMAN ANDAK, DATO' SERI AMAR DIRAJA JOHOR | ABDUL RAHMAN ANDAK, Dato’ Seri Amar Diraja Johor (1850-1930), pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ANWAR IBRAHIM, DATO' SERI | Anwar Ibrahim, Dato’ Seri (1947- ), Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAFIDAH AZIZ, DATO' SERI | RAFIDAH AZIZ, Dato’ Seri (1943- ), ahli politik, Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1984-1996). Dia lahir pada 4 November 1943 di Selama, Perak. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Kampung Baru dan Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur serta Zainab School, Kota Baharu, Kelantan. Dia meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Convent Johor Baru, Johor dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Kemudian, dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1966) dan Sarjana Ekonomi (1970). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ALI HAJI AHMAD, DATO' SERI | ALI HAJI AHMAD, Dato’ Seri (1930-177), pengkaji kesusasteraan Melayu Moden dan penulis. | SASTERA | Konsep |
MAHATHIR MOHAMAD, DATO' SERI | MAHATHIR MOHAMAD, Dato’ Seri (1925 - ), Perdana Menteri Malaysia yang keempat (sejak 1981). Dia lahir pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar, guru sekolah Inggeris dan ibunya Wan Tampawan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MEGAT KHAS MEGAT OMAR, DATO' SERI | MEGAT KHAS MEGAT OMAR, Dato’ Seri (1908-1979), tokoh politik. Dia lahir pada 1 April 1908 di Istana Talang, Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Dia berasal daripada kerabat diraja Pagarruyung, Sumatera, Indonesia dan adalah salah seorang daripada keturunan Megat Terawis, Bendahara negeri Perak yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |