DEWAN RAKYAT | Dewan Rakyat ialah salah satu daripada dua buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal undang-undang di United Kingdom selain Dewan Pertuanan | UMUM | |
DEWAN NEGARA | DEWAN NEGARA, majlis tetinggi atau juga dikenal sebagai senat yang berfungsi membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MONTFORT, SIMON DE | Montfort, Simon de (1208?–1265), negarawan dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan kepada perkembangan kerajaan berparlimen di England. Dia dikenal sebagai “Bapa Dewan Rakyat”. Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal kerana kesungguhannya untuk melaksanakan pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort mengetuai satu pemberontakan untuk mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang. Henry dan anaknya (kemudian Edward I) mengangkat senjata untuk menentang, tetapi Montfort menangkap kedua-duanya di pertempuran Lewes pada tahun 1264. | UMUM | |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
DEWAN PERTUANAN | Dewan Pertuanan ialah salah sebuah daripada dua buah dewan Parlimen, iaitu badan penggubal undang-undang di United Kingdom. Dewan yang satu lagi ialah Dewan Rakyat, yang lebih berkuasa daripada Dewan Pertuanan. | UMUM | |
DEWAN UNDANGAN NEGERI | DEWAN UNDANGAN NEGERI, majlis mesyuarat tertinggi pada peringkat negeri di Malaysia. Di sinilah cadangan rang undang-undang dibentangkan oleh kerajaan negeri dan kemudian dibincangkan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri secara terbuka. Perbincangan ini penting bagi melihat kepentingan rang undang-undang tersebut secara teliti sebelum diluluskan dengan sebulat suara. Rang undang-undang itu kemudian akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang, jika tidak bersalahan dengan perlembagaan negara. Jika perlu mendapat persetujuan kerajaan pusat, rang undang-undang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kabinet atau Yang di-Pertuan Agong untuk dibahaskan dan mendapat kelulusan sepenuhnya, sebelum dikuatkuasakan sebagai sebuah akta atau undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AKTA PILIHANRAYA 1958 | Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958 untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, TUN | MOHAMED ZAHIR HAJI ISMAIL, Tun (1924 - 2004) ahli politik, Speaker Dewan Rakyat (sejak 1982). Dia lahir pada 19 Mac 1924 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London hingga memperoleh Barrister-at-Law pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NOAH OMAR, TAN SRI | MOHAMED NOAH OMAR, Tan Sri (1897-1991), ahli politik, Speaker Dewan Rakyat yang pertama (1959-1964). Dia lahir pada 18 Ogos 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Maharani, Muar. Kemudian dia menuntut di sekolah Arab al-Madrasah al-Arabiyah al-Khairiyah, Muar selama tiga tahun. Dia melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah, iaitu di Kolej al-Othmaniyah al-Islamiyah pada tahun 1914 dan Syrian Protestant College (kini University of Beirut) dari tahun 1914 hingga tahun 1919 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
C.M. YUSUF, TAN SRI | C.M. Yusuf, Tan Sri (1907-1975), Speaker Dewan Rakyat (1964-1974). Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1907 di Ipoh, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |