ABDUL RAHMAN HASHIM, TAN SRI | ABDUL RAHMAN HASHIM, Tan Sri (1925-1974), Ketua Polis Negara yang ketiga (1972-1974). Abdul Rahman lahir di Sungai Limau, Yan, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
POLIS DIRAJA MALAYSIA | POLIS DIRAJA Malaysia, pasukan keselamatan dan agensi penguat kuasa undang-undang utama negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sebagai Pasukan Polis Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1948. Pasukan ini kemudiannya disatukan di bawah Pengawalan Pusat iaitu Ketua Polis Negara sebagai pemerintah tertingginya. Pasukan ini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MOHD. HANIFF OMAR, TUN | MOHD. HANIFF OMAR, Tun (1939- ) Ketua Polis Negara yang keempat (1974-1994). Dia lahir pada 16 Januari 1939 di Teluk Anson, Perak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Anglo-Chinese, Telok Anson, Perak dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya (1959). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. SALLEH ISMAIL, TUN | MOHD. SALLEH ISMAIL, Tun (1917-1973), Ketua Polis Negara yang kedua (1966-1973). Dia lahir pada 7 Julai 1917 di Pulau Pinang. Dia mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 25 September 1935 sebagai konstabel. Dari tahun 1938 hingga tahun 1956, dalam tempoh pengesahan jawatan sebagai inspektor polis, dia menyandang pelbagai jawatan di negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH | Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984), berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982 hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei 1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis. | UMUM | |