SUKAN KOMANWEL | Sukan Komanwel ialah nama yang diberi kepada satu pertandingan sukan, terbuka kepada individu dan berpasukan yang mewakili negaranegara dalam kesatuan Negara-Negara Komanwel (lihat Negara-Negara Komanwel). Sukan ini diadakan setiap empat tahun, kira-kira pertengahan jangka masa tertentu antara pertemuan Sukan Olimpik. | UMUM | |
SUKOM XVI | Sukan Komanwel yang diadakan di Malaysia | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
THOMPSON, DALEY | Thompson, Daley (1958– ), salah seorang ahli sukan British yang menonjol dalam semua bidang. Dalam Sukan Olimpik 1980 dan 1984 Thompson memenangi pingat emas dalam acara dekatlon , iaitu pertandingan dua hari yang teruk yang terdiri daripada 10 acara olahraga yang berlainan. Thompson memecahkan rekod dunia dengan memperoleh markah tertinggi dalam acara dekatlon sebanyak tiga kali. Dia juga memenangi pingat emas bagi acara dekatlon di Kejohanan Dunia 1983, Kejohanan Eropah 1982, dan Sukan Komanwel 1978, dan 1982. Francis Daley Thompson lahir di London. | UMUM | |
PERJANJIAN GLENEAGLES | Perjanjian Gleneagles ialah ikrar yang dibuat oleh pemimpin Negara Komanwel pada tahun 1977 untuk tidak menggalakkan hubungan sukan dengan Afrika Selatan. Perjanjian itu telah dibuat ketika satu mesyuarat di Hotel Gleneagles, di Kawasan Tayside , Scotland . Para pemimpin menandatangani satu perjanjian bahawa mereka perlu menasihati ahli sukan lelaki dan wanita supaya tidak melawat Afrika Selatan. Tujuan perjanjian itu adalah untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan Afrika Selatan supaya menghapuskan dasar aparteid. Lihat Aparteid. | UMUM | |
ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968– ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |