Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RESTORAN

Restoran ialah tempat perniagaan yang

menyajikan makanan dan minuman kepada orang

awam. Pada mulanya, restoran menjalankan

perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara

berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan

restouran berasal daripada perkataan Latin

restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan

semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata

tempat – di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk;

hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen

kereta api; taman hiburan; dalam bangunan

pejabat; dan juga pusat membeli-belah.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
KOC

Koc ialah nama kepada kenderaan beroda

empat yang ditarik oleh haiwan. Koc menjadi

pengangkutan awam yang utama untuk bergerak

dari satu tempat ke satu tempat sebelum ada

perkhidmatan kereta api.

UMUM 
STADIUM

Stadium ialah struktur besar untuk penonton

yang dibina mengelilingi padang permainan atau

arena. Stadium mempunyai tempat duduk yang

diatur dalam baris. Dari tempat duduk ini,

penonton dapat melihat acara sukan dan acara

awam lain seperti konsert. Stadium terbesar di

dunia termasuklah Stadium Strahov di Prague,

Republik Czech, dan Stadium Perbandaran

Maracana di Rio de Janeiro, Brazil. Kedua-dua

stadium ini boleh menampung lebih daripada

200 000 penonton.

UMUM 
TAMAN

Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang

tanah yang disediakan kepada orang awam untuk

bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi

atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh

pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula

jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara

kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta.

UMUM 
MONUMEN

Monumen ialah struktur, biasanya bangunan

atau patung, yang dibina untuk memperingati

seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen

Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau

pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan

sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti

istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti

ngarai.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
RUSUHANRusuhan ialah cetusan kekacauan yang ganas
dan bising oleh sekumpulan manusia. Perusuh
kerap kali mencederakan orang lain dan
memusnahkan harta benda. Merusuh atau
menggalakkan orang awam supaya merusuh
merupakan suatu jenayah di kebanyakan negara.
Walau bagaimanapun, takrifan undang-undang
yang tepat mengenai rusuhan berbeza dari satu
tempat ke satu tempat.
UMUMUmum
SUTTON

Sutton (pend. 164 300) ialah bandaran dalam

kawasan utama kota London. Ia terletak di sempadan

selatan kota London di utara Surrey. Sutton terdiri

daripada dua bekas “boroughs” Beddington dan

Wallington, dan Sutton serta Cheam; serta daerah

bandar lama Carshalton. Sutton sebuah bandaran

kediaman dan ramai penduduknya bekerja di

London. Terdapat beberapa tempat bersejarah di

Sutton, seperti Gereja All Saints di Carshalton yang

dibina pada tahun 1100-an. Perpustakaan awam di

Sutton merupakan satu daripada perpustakaan yang

termoden di United Kingdom.

UMUM 
AEROPAGUS

Areopagus ialah majlis tertua dan paling

dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara

ternama yang memegang jawatan sebagai archon,

salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens,

ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada

sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa

pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira

pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru,

Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas

Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan

tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan

ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih

mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk

mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana

boros, biadab atau melampau. Majlis archon

dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of

Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat.

Lihat juga Solon .

UMUM 
12

Kembali ke atas