Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia, Mei adalah salah satu bulan yang paling indah dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim panas belum bermula. Tanaman taman mula bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar. Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika, forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur yang bakal menetas tidak lama lagi. |