Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan dengan setiap pemegang saham hanya bertanggungjawab terhadap saham yang dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang yang memegang saham hanya akan hilang wang yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut. Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain, dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.) atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau singkatan plc (“public limited company” atau syarikat awam berhad) yang digunakan selepas nama sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke atas jumlah wang yang telah dilaburkan. |