Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.luar.ga] | برکلوارݢ

Definisi : 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.luar.ga] | برکلوارݢ

Definisi : 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DINASTI ZHOU

Dinasti Zhou, juga dieja Chou, ialah dinasti

China (pemerintah berkeluarga) yang memerintah

kira-kira dari tahun 1122 SM hingga tahun 256

SM. Dinasti ini yang paling lama memerintah di

China.

UMUM 
PERMAISURI

Permaisuri lihat Anai-anai; Lebah; Semut

(Kehidupan dalam koloni); Serangga (Kehidupan

berkeluarga) .

UMUM 
ANGSA BRENT

Angsa brent, juga dikenali sebagai brant , ialah

nama sejenis angsa kecil berwarna gelap yang

berkeluarga dengan angsa Kanada .

UMUMUmum
BIEDERMEIER

Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang

dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur

bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini

berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan

Jerman yang popular pada tahun 1830-an.

Papa Biedermeier melambangkan kehidupan

berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan

yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier

digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman,

dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan

perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan

pada tahun 1820 dan 1850.

UMUM 

Kembali ke atas