GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
ASHANTI | Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama kumpulan ini juga dieja Asante . Kebanyakan orang Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah bandar kedua terbesar di Ghana. | UMUM | |
RISDA | RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DOMOCAO ALONTO | DOMOCAO ALONTO (1914 - ), pemimpin masyarakat Islam Filipina. Dia lahir pada 1 Ogos 1914 di Ramain Lanao. Dia berasal daripada keluarga bangsawan Lanao. Ayahnya, Sultan Alawiya Alonto, dikenal juga sebagai Sultan Ramain pada masa pemerintahan Amerika dan dilantik oleh pihak berkuasa Amerika di Filipina sebagai senator yang pertama dari Lanao. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATU PIANG | DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |