DONUT | Donut ialah sejenis kuih goreng, berbentuk bulat dan berlubang di tengah-tengahnya. Peneroka Belanda membawa kuih goreng (olykoeck) ini ke tanah jajahan Belanda di Amerika. | UMUM | |
BURUNG RINEK | Burung rinek juga dikenali sebagai burung ular, ialah nama dua spesies burung kecil. Satu jenis hidup di Eropah dan satu lagi hidup di Afrika. Burung rinek bersarang dalam pokok berlubang. | UMUM | |
MONSTERA | Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya seakan-akan rasa pisang dan nanas. Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera deliciosa . | UMUM | |
KALUNG | KALUNG, hiasan yang dipakai di leher wanita. Pada asalnya, kalung diperbuat daripada rangkaian daun atau bunga yang disusun berbentuk bulat dengan berlubang tengah dan disarungkan melalui kepala. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SUMBI GIGI | Kapsyen : Sumbi gigi SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan. Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi. Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis. Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas. Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa. Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya. | BUDAYA | Alat/Alatan |