Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.mim.pi] | برميمڤي

Definisi : 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.mim.pi] | برميمڤي

Definisi : 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Hijau-hijau air perigi,
     Kaca remuk di dalam puan;
Tuan mengigau saya bermimpi,
     Mimpi tak salah muka tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sebagai si bisu berasian (= bermimpi),
     terasa ada terkatakan tidak.

Bermaksud :

Tak dapat mengatakan meskipun tahu atau mengerti.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PARIS

Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki

Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi

bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan

obor yang akan membakar negara. Seorang

tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak

itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam

menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan

menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut.

UMUM 
MIMPI

Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh

seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma

semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan

khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan

peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah

benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu

berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada

juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi

buruk).

UMUM 
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Ya‘kub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Ya‘kub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Ya‘kub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Ya‘kub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Ya‘kub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM 

Kembali ke atas