Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.lut] | برسالوت

Definisi : 1. berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tongkat kecil hitam dgn kepalanya ~ tembaga; bungkusan itu ~ kertas minyak; 2. ki berselubung, berselindung: hadiah yg murah tetapi ~ ikhlas; seruku riang ~ jenaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.lut] | برسالوت

Definisi : ada salutnya; memakai salut; berbalut: Buah cempedak yg ~ tidak mudah di­serang ulat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salut (kata nama)
Bersinonim dengan pembalut, pemalut, pembungkus, sampul, sarung, selongsong, sadur, pembarut, pembebat, sepuh, selaput;,
Kata Terbitan : bersalut, menyalut, salutan,

Puisi
 

Teluk Emas Tanjung Ketapang,
     Tempat Uda mengail tenggiri;
Bersalut emas hebat dipandang,
     Sayang bahasa ke mana pergi.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMAH

Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia

adalah logam putih yang telah digunakan oleh

manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah

paling awal yang diketahui adalah pada lebih

kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan

Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat

barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan

tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam

pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli

bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua

belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin

timah untuk pembungkusan makanan dan

keluaran-keluaran lain.

UMUM 

Kembali ke atas