Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.suaian] | برسسواين

Definisi : mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Memberi makan anjing di tembikar,
     memberi makan gajah dengan alatnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM 
MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur ialah menara

komunikasi yang tertinggi di Asia Tenggara. Menara

setinggi 421 meter ini terletak di atas Bukit Nanas,

Kuala Lumpur. Menara ini dibina berasaskan seni

bina yang menggabungkan ciri-ciri ketimuran dan

kebaratan serta bersesuaian dengan kebudayaan

Malaysia dan reka bentuk Islam. Menara ini telah

dirasmikan pada 1 Oktober 1996 oleh Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad. Menara ini dimiliki

sepenuhnya oleh Menara Kuala Lumpur Sendirian

Berhad (MKLSB), iaitu

sebuah anak syarikat

TELEKOM Malaysia.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 
MEMORIAL NASIONAL GUNUNG RUSHMORE

Memorial Nasional Gunung Rushmore

ialah suatu ukiran besar yang dibuat pada cerunan

granit yang disebut sebagai Gunung Rushmore.

Tugu ini terletak di kawasan Black Hills, Dakota

Selatan, Amerika Syarikat. Pada tugu ini diukir

wajah empat orang Presiden Amerika Syarikat iaitu

George Washington, Thomas Jefferson, Theodore

Roosevelt, dan Abraham Lincoln. Ukiran kepala

Washington ialah setinggi bangunan lima tingkat

(lebih kurang 18 meter). Ini adalah mengikut skala

yang bersesuaian dengan manusia yang tingginya

142 meter.

UMUM 
KOTA KUBANG LABUKOTA KUBANG LABU, salah sebuah kota terawal yang dibuka di Kelantan dan menjadi pusat pentadbiran negeri itu pada masa pemerintahan Tuan Sulung sekitar tahun 1702. Nama kota  ini dipercayai bersesuaian dengan adanya sebuah kubang yang besar dan di tebingnya ditanam pokok labu. Pada tahun 1980-an, kubang ini masih boleh dikesan walaupun airnya sudah kering kecuali pada musim banjir.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
DURBAR

DURBAR, majlis yang diperkenalkan  oleh British di Tanah Melayu melalui penubuhan Perlembagaan Persekutuan 1896. Pada asasnya, majlis Durbar dicadangkan bagi membolehkan raja-raja Melayu dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang menyertai Persekutuan 1896 itu bertemu setiap tahun untuk membincangkan kepentingan bersama. Bersesuaian dengan konsep Persekutuan, negeri yang maju diharap dapat menolong negeri yang mundur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas