Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELESUAN

Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan.

Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia

berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu

bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh,

kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa

lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah

normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui

bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat.

Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu

gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit

jasmani sering berasa lesu walaupun hanya

selepas membuat kerja ringan atau menggunakan

sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat

yang banyak, sering kali jauh lebih banyak

daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat.

Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku

jika seseorang itu menghidap banyak jenis

penyakit.

UMUM 
PERANG SIFFIN

Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua

puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah

‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas

perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab

berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu

Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir

yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan

berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka

yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang

merupakan orang yang bersungguh-sungguh

menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman.

Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya

terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya.

Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin,

lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari.

UMUM 
PERANG KRIMEA

Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara

tentera Rusia dengan tentera Berikat dari

Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki),

Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama

perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea,

sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine,

tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat

Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan

tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam

Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun,

sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih

kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom

mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau

Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau

itu.

UMUM 

Kembali ke atas