Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. |