ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996) Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac 1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London. Abdul Hamid memulakan perkhidmatannya daripada peringkat paling rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera pada tahun 1969. | UMUM | |
NATION, CARRY AMELIA MOORE | Nation, Carry Amelia Moore (1846–1911), terkenal kerana usaha kerasnya untuk memberhentikan penjualan alkohol di Amerika Syarikat dari tahun 1880-an sehingga dia meninggal dunia. Walaupun dia selalu ditangkap kerana mengganggu ketenteraman, namun ramai orang yang tertarik dengan keikhlasan dan keberaniannya. Sesetengah orang menganggapnya sebagai tidak bertolak ansur. Dia mengetengahkan perjuangan yang sederhana itu daripada peringkat pendidikan kepada tingkat tindakan, dan seterusnya membantu mewujudkan larangan penjualan alkohol peringkat kebangsaan pada tahun 1919. (Lihat Larangan ). | UMUM | |
MENGEMBARA BERJALAN KAKI | Mengembara berjalan kaki ialah senaman yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur menggemari sukan ini yang dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun hingga beberapa minggu. Ramai pengembara yang berpengalaman mendapat kepuasan jika pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba, di taman negara atau di hutan. Namun begitu, ramai orang lebih suka mengembara di kawasan taman yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, malahan juga di kaki lima. | UMUM | |
PUPA | Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. | UMUM | |
EMBRIO | Embrio ialah haiwan atau tumbuhan pada peringkat awal perkembangannya. Embrio terbentuk daripada pembiakan seks apabila sel sperma jantan bersatu dengan sel telur betina atau ovum. Penyatuan ini dinamakan persenyawaan. | UMUM | |
PERUNCITAN | Peruncitan terdiri daripada semua aktiviti yang melibatkan penawaran jualan barangan atau perkhidmatan kepada pengguna untuk kegunaan sendiri. Peruncitan ialah peringkat terakhir dalam proses membawa barangan kepada pengguna. Tidak kesemua peruncit menjual barangan. | UMUM | |
KEMANDULAN | Kemandulan merujuk kepada ketakupayaan membiak. Kemandulan berlaku pada kesemua bentuk hidupan, daripada mikroorganisma hingga kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan peringkat tinggi dan manusia. | UMUM | |
KESUSASTERAAN UNTUK KANAK-KANAK | Kesusasteraan untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang ditulis khas untuk pembaca muda – dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja – dan kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000 jenis buku yang berlainan diterbitkan pada setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar, puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya. Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa. Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk orang dewasa. | UMUM | |
SILIUM | Silium ialah struktur halus bak rambut yang mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang berombak dalam organ ini menolak keluar habuk, bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air, sel yang mengandungi silium mengipas air yang mengandungi makanan dan oksigen ke dalam haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ deria dan sebagai cara bergerak. Lihat juga Protozoa (Siliat). | UMUM | |
MEMANCING | Memancing merupakan salah satu bentuk rekreasi yang paling popular. Setiap orang pada semua peringkat umur suka memancing di anak sungai, sungai, tasik, teluk, dan laut. Ikan yang dipancing pula terdiri daripada pelbagai spesies (jenis) ikan. | UMUM | |