KEBEBASAN BERCAKAP | Kebebasan bercakap ialah hak untuk berucap di tempat terbuka atau di tempat tertutup. Istilah ini merangkumi semua bentuk ungkapan, termasuk buku, akhbar, majalah, radio, televisyen, dan filem. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
EKSOBIOLOGI | Eksobiologi ialah cabang biologi yang mengkhusus dalam pencarian dan kajian tentang kehidupan di tempat lain di alam semesta. | UMUM | |
TIRANNOSAURUS | Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam, berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar demikian tentunya menguasai semua haiwan lain, membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex . | UMUM | |
KELOID | Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran berlebihan tisu penghubung berserabut pada dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul selepas kulit cedera akibat laserasi atau pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan spontan. Keloid boleh dibuang melalui pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudian. | UMUM | |
SUKAN PARALIMPIK | Merupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council ) | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MARQUESS | Marquess ialah darjah kebangsawanan dalam golongan bangsawan British. Seorang marquess, yang juga dieja marquis, bertaraf lebih tinggi daripada seorang earl atau baron, dan di tempat kedua selepas duke. | UMUM | |
SUKULEN | Sukulen ialah nama bagi tumbuhan yang berisi seperti kaktus, yang mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Tumbuhan sukulen tumbuh di gurun dan di tempat kering di dunia, iaitu ditempat tiada banyak air. Tumbuhan gurun mempunyai batang atau daun yang besar untuk menyimpan air. Lihat juga Famili spurge; Kaktus; Sedum. | UMUM | |
TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
YELLOWTHROAT | Yellowthroat ialah burung siul hutan yang hidup di Amerika Utara. Burung ini tinggal di kawasan berumput basah dan rawang, di tempat ia boleh bersembunyi di celah-celah mensiang yang tinggi. Belakangnya berwarna hijau buah zaitun dan lehernya berwarna kuning-jingga terang. | UMUM | |