AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA | MAJLIS KEBANGSAAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA, badan yang menguruskan pentadbiran hal ehwal Islam pada peringkat kebangsaan. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Pada mulanya, majlis ini dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia Barat. Pada 17 Jun 1971, namanya ditukar kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, untuk memperluaskan lagi keahliannya ke negeri Sabah dan Sarawak. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
KHALIFAH | Khalifah ialah sistem pemerintahan dalam Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah sebagai pengganti nabi dalam mengutuskan hal-hal keagamaan dan keduniaan. | UMUM | |
JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI | JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI, agensi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk mentadbir masyarakat Orang Asli. Jabatan ini juga disebut dengan nama JHEOA. Selain itu, jabatan ini dikenal sebagai Jabatan Orang Asli (JOA). Ibu pejabat jabatan ini di Kuala Lumpur dan terdapat enam buah cawangan jabatan di seluruh negara iaitu cawangan Perak/Kedah, Selangor/Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan/Melaka, Johor, Pahang/Terengganu dan Kelantan. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
INSTITUT DIPLOMASI DAN HAL EHWAL LUAR NEGERI (IDHL) | Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar Negeri (IDHL), agensi yang menyediakan latihan formal di peringkat asas dan lanjutan kepada pegawai perkhidmatan luar negeri Malaysia serta pegawai lain dari sektor awam. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PERKHIDMATAN LUAR NEGERI | Perkhidmatan Luar Negeri ialah organisasi utama yang menjalankan hal-ehwal antarabangsa sesebuah negara. Perkhidmatan luar negara ditadbir oleh sebuah jabatan kerajaan. Agensi- agensi lain mungkin terlibat dalam bidang kepakaran hal-ehwal luar negeri. Perkhidmatan luar negeri menyediakan latihan peribadi untuk <i> kedutaan i> (pejabat) di negeri asing. Sesetengah anggota perkhidmatan luar negeri bekerja dalam jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal luar negeri, yang lazimnya dikenali sebagai kementerian luar negeri atau pejabat luar negeri. | UMUM | |
KRITIKAN SASTERA | Kritikan sastera, cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisikan, mengelas, menghurai dan menilai karya sastera dengan menggunakan kaedah tertentu.. | SASTERA | Konsep |
ARSON | Arson ialah perbuatan sengaja membakar sesebuah rumah atau harta benda lain. Dalam beberapa hal, arson dilakukan kerana hendak membalas dendam terhadap pemilik bangunan atau penghuninya. Kebakaran lain dimulakan untuk memusnahkan bukti jenayah yang lain, seperti pembunuhan ataupun mencuri. Dalam hal yang lain, kes arson berpunca daripada perbuatan vandalisme atau <i> piromania i> , iaitu dorongan yang tak dapat dikawal untuk membakar sesuatu. | UMUM | |
NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI | Menguruskan hal-ehwal tenaga, telekom dan pos. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |