Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,

Peribahasa

Terlepas daripada rahang harimau,
     termasuk ke dalam rahang buaya.

Bermaksud :

Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
MILKUL YAMIN

Milkul Yamin merupakan istilah yang ditujukan

kepada perempuan kafir dan musyrik yang menjadi

tawanan tentera Islam. Istilah ini ada disebut dalam

al-Qur’an pada beberapa ayat seperti dalam surah

al-Mu’minun, Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang

beriman, iaitu mereka yang khusyuk di dalam

sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri

dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan

mereka yang berusaha membersihkan hartanya. Dan

mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali

kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka

sesungguhnya mereka tidak tercela, kemudian

sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas”.

(Surah al-Mu’minun 23:1–7)

UMUM 
GUNDIK

GUNDIK, perempuan simpanan raja atau sultan. Isteri (permaisuri) raja biasanya berketurunan raja dan dikahwini secara sah, manakala gundik ialah perempuan bukan berdarah raja yang diambil sebagai hamba atau orang suruhan raja atau istana. Bilangan isteri raja tidak melebihi empat orang sesuai dengan hukum Islam. Sebaliknya, raja boleh mempunyai gundik seramai mungkin. Pada peringkat awal perkembangan, Islam membolehkan hamba digauli oleh tuannya. Raja mengambil kesempatan itu untuk menghalalkan perbuatan tersebut dengan mempunyai gundik antara 300 hingga 400 orang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BUDAK RAJA

BUDAK RAJA, hamba lelaki di istana. Istilah ini berkaitan dengan orang Melayu atau masyarakat Melayu Pahang dan juga negeri-negeri Melayu yang lain.  Budak  raja terdiri daripada sama ada orang muda daripada keluarga baik-baik; ada juga mereka yang terdiri daripada anak-anak yang dilahirkan hasil perhubungan putera-putera raja atau golongan bangsawan dengan perempuan biasa, atau mereka yang telah melakukan kesalahan jenayah di daerahnya dan meminta perlindungan raja. Oleh sebab kebanyakan budak raja ialah kaum kerabat istana atau orang besar-besar, maka budak raja boleh dianggap sebagai golongan yang memerintah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas