Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecemĀ­buruan (yg disertai niat jahat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hasad (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dengki, cemburu, iri hati, busuk hati, berbulu, jahat hati, khisit, hasud, bingit.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas