Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk memiliki (me­lakukan) sesuatu: ia pun menyampaikan ~-nya hendak berteman hidup dgn gadis itu; alangkah besar ~ku utk menjadi orang baik-baik; berhasrat mempunyai hasrat, sangat ingin (akan), sangat berharap (akan): dia ~ utk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti; menghasratkan berhasrat akan sesuatu: segala yg dihasratkan telah pun berhasil; ~ sebuah rumah yg besar utk kediaman ke­luarganya; terhasrat dihasratkan: dapat apa yg ~; kehasratan hasrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[has.rat] | حسرت

Definisi : keinginan yg kuat utk mencapai sesuatu; harapan; kehendak: Dia menyatakan ~nya utk mendirikan rumah tangga dgn gadis pilihan hatinya. berhasrat ingin akan; berharap akan; mempunyai keinginan yg kuat. menghasratkan mengingini; menghendaki: Segala yg dihasratkannya telah tercapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasrat (kata nama)
Bersinonim dengan cita-cita, keinginan, niat, keazaman, harapan, iktikad, aspirasi, kehendak, idaman, impian;,
Kata Terbitan : berhasrat, menghasratkan, terhasrat,

Puisi
 

Papan saya papan berkerat,
     Sudah lama saya tempakan;
Harapan saya dengan hasrat,
     Minta tuan jangan hampakan.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia.  Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984.  Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat.  Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.  Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar.  Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
YAYASAN TUN ABDUL RAZAKYAYASAN TUN ABDUL RAZAK, yayasan kebangsaan yang ditubuhkan bagi meneruskan wawasan Tun Abdul Razak semasa hayatnya.  Antara hasrat terutamanya ialah membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat jelata, terutama di luar bandar. Setelah pemergiannya para sahabat merasakan bahawa salah satu usaha untuk menyambung dan melanjutkan perjuangannya adalah dengan menubuhkan yayasan yang akan mendukung wawasannya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MELAYU

KAMUS DWIBAHASA BAHASA INGGERIS-BAHASA MALAYSIA, kamus umum dwibahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1979. Kamus yang setebal 1457 halaman ini disusun untuk memenuhi hasrat dan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Kamus ini memanfaatkan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang diisytiharkan  pemakaiannya secara rasmi pada tahun 1972.

BAHASAPenerbitan
PERTUBUHAN SUKARELA

PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri.

BUDAYAPersatuan

Kembali ke atas