Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, men­jernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadi­kan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. ke­heningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hening (adjektif)
1. Bersinonim dengan jernih: bening, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan keruh

2. Bersinonim dengan sunyi: senyap, lengang, sepi, tenang, damai, aman, tenteram, antap,
Berantonim dengan bising

Kata Terbitan : mengheningkan, keheningan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARTENS, CONRAD

Martens, Conrad (1801–1878), pelukis awal

Australia yang terkenal kerana lukisan cat airnya

yang berkilau dan hening.

UMUM 
SURAH AL-HIJR

Surah al-Hijr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-15 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 99 ayat.

Surah ini dinamakan dengan al-Hijr kerana Allah

S.W.T. menyebut tentang apa yang berlaku

terhadap kaum Salih, iaitu kabilah Thamud, serta

rumah mereka yang terletak di Hijr, iaitu antara

Madinah dan Syam. Mereka ini adalah orang yang

gagah, dan mampu mengukir gunung sehingga

boleh dijadikan rumah kediaman. Mereka

merasakan seolah-olah akan terus hidup kekal,

tanpa ditimpa kebinasaan dan kematian. Ketika

mereka berada dalam keadaan aman dan tenang,

tiba-tiba mereka ditimpa azab yang dahsyat di

waktu hening pagi.

UMUM 

Kembali ke atas