Surah al-Ghashiyah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-88 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 26 ayat. Surah ini dinamakan al-Ghashiyah (hari kiamat yang huru-hara) kerana ada disebutkan di dalam ayat yang pertama sebagaimana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Sudahlah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?” (Surah al-Ghashiyah 88:1) |