SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
APOLLO | Apollo adalah tuhan utama dalam mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani, dia adalah anak Zeus – raja segala tuhan – dan dewi Leto. Dewi Artemis adalah saudara kembarnya. Dalam mitologi Rom, ibu bapa Apollo ialah Jupiter dan Latona, dan kembarnya ialah Diana. | UMUM | |
PILIH ATUR DAN GABUNGAN | Pilih atur dan gabungan ialah nama yang digunakan oleh ahli matematik untuk merujuk kepada kumpulan objek atau simbol tertentu. Pilih atur ialah susunan teratur satu set objek. Contohnya, ABC, ACB dan BAC adalah tiga pilih atur set simbol A, B dan C. Gabungan ialah kumpulan yang mencakupi objek yang sama tidak kira aturannya . Set ABC, ACB, dan BAC kesemuanya adalah merupakan contoh-contoh gabungan yang sama. Set-set seperti ABC, ABD, dan ACD adalah contoh gabungan yang berbeza. | UMUM | |
ORANG SABIN | Orang Sabin ialah anggota puak purba Itali. Puak Sabin tinggal di timur laut Rom, dan adalah antara nenek moyang orang Rom. | UMUM | |
AKAR | Akar ialah satu daripada tiga organ utama bagi sesuatu tumbuhan. Dua organ lagi ialah batang dan daun. Kebanyakan akar adalah panjang dan bulat dan tumbuh di bawah tanah. | UMUM | |
MONAZIT | Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang. Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi dan torium. Formula kimianya ialah (Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear. Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan meluas dalam pembuatan kaca dan logam. | UMUM | |
SIMEN DAN KONKRIT | Simen dan konkrit adalah antara bahan binaan yang paling penting. Simen ialah serbuk halus, berwarna kelabu. Simen dicampurkan dengan air dan bahan seperti pasir, kelikir, dan batu hancur untuk membuat konkrit. Simen bersama air membentuk pes yang mengikat bahan-bahan lain semasa konkrit itu mengeras. Kita sering menyalahgunakan perkataan simen dan konkrit. Misalnya, kita mungkin bercakap tentang “turapan simen”, tetapi turapan itu sebenarnya dibuat daripada konkrit. | UMUM | |
ARDIZZONE, EDWARD | Ardizzone, Edward (1900–1979) ialah penulis dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang telah banyak menerima hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 buah. | UMUM | |
SAMARIUM | Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm. Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36. Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski. Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis menemui samarium pada tahun 1879. Samarium paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 , berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada 1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik dan mempunyai banyak kegunaan komersial. Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia. | UMUM | |
TITANIUM | Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak. Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah 47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C. Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium. | UMUM | |